PELANCARAN STESEN PENGECAS EV BANGI GOLF RESORT
14 December 2022

YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, menghadiri Majlis Pelancaran Stesen Pengecas EV Bangi Golf Resort dan Penyerahan Lesen Pengagihan Awam Sistem Pengecas EV oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Syarikat EV Connection Sdn Bhd di Bangi, Selangor, hari ini.
Selaras dengan iltizam YAB Perdana Menteri untuk menggiatkan semula ekonomi negara serta meningkatkan kualiti hidup rakyat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberikan tumpuan terhadap penerokaan bidang atau sumber ekonomi baharu seperti bidang tenaga boleh baharu (renewable energy) ataupun pembangunan rantaian ekonomi hijau (green value chain developement) termasuk pembangunan bidang EV bagi menarik pelaburan baharu serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang bernilai tinggi kepada rakyat.
usaha akan dilakukan untuk mengurangkan jejak karbon negara melalui langkah peralihan tenaga atau energy transition, yang mana tumpuan terhadap pelaksanaan inisiatif 3D iaitu Digitalisation, Decentralisation dan Decarbonisation akan diberi tumpuan utama.
YB Menteri juga berharap supaya pihak Gentari Sdn. Bhd. sebagai antara pemain utama dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV ini juga boleh berganding usaha dengan pihak Kementerian untuk sama-sama menerokai aspek integrasi “vehicle to grid” bagi menyokong usaha peralihan tenaga negara. ​​




Attachments